Terma & Syarat Penggunaan
Dikemaskini terakhir: 26 September 2024
1. Penafian Afiliasi
Dokumen yang diperoleh melalui portal ini adalah dokumen awam yang diperoleh secara sah melalui saluran SSM yang dibenarkan. Kami hanya menyediakan perkhidmatan kemudahan carian, perolehan, dan penghantaran dokumen-dokumen tersebut.
2. Perkhidmatan Yang Disediakan
Portal ini menyediakan perkhidmatan bantuan untuk memperolehi dan mencetak semula dokumen SSM rasmi untuk enterprise, syarikat Sdn. Bhd./Bhd., dan LLP/PLT. Harga yang dinyatakan adalah caj perkhidmatan kami dan tidak termasuk sebarang yuran rasmi SSM.
3. Bayaran & Bayaran Balik
Semua bayaran adalah muktamad apabila transaksi berjaya diproses. Kami menyediakan bayaran balik penuh hanya jika:
- Dokumen tidak dapat diperoleh disebabkan masalah teknikal dari pihak SSM
- Dokumen yang dihantar tidak berkaitan dengan permohonan anda
- Permohonan dibuat secara berganda (pendua)
4. Masa Pemprosesan
Masa pemprosesan biasa adalah 10 hingga 30 minit. Dalam keadaan tertentu (sistem SSM perlahan, permintaan tinggi), masa ini boleh mengambil masa lebih lama. Kami tidak menjamin masa tertentu dan tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian akibat kelewatan.
5. Had Liabiliti
Liabiliti kami terhad kepada jumlah yang dibayar untuk perkhidmatan berkenaan. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian sampingan atau tidak langsung yang timbul daripada penggunaan perkhidmatan ini.
6. Perubahan Terma
Kami berhak untuk mengubah terma ini pada bila-bila masa. Penggunaan berterusan perkhidmatan selepas perubahan terma bermakna anda menerima terma yang telah dikemaskini.
7. Undang-Undang Yang Terpakai
Terma ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian akan diselesaikan di mahkamah yang berkompetensi di Malaysia.
