Apakah Itu Digital CTC?
Certified True Copy (CTC) atau Salinan Benar Disahkan adalah perakuan rasmi bahawa salinan dokumen tepat dan sama seperti rekod asal dalam pangkalan data Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Dokumen Digital CTC disertakan cap elektronik, nombor siri dan kod QR verifikasi yang boleh diimbas secara langsung oleh pegawai bank dan agensi kerajaan.
Ciri-Ciri Utama Dokumen CTC SSM
Cap Digital SSM Rasmi
Cap elektronik rasmi SSM dengan tandatangan digital yang tidak boleh dimanipulasi.
Kod QR Verifikasi Terus
Membolehkan pihak bank atau agensi mengesahkan kesahihan dokumen secara langsung.
Nombor Siri Rasmi
Nombor siri unik yang direkodkan dan boleh disemak dalam pangkalan data awam SSM.
Sah Di Sisi Undang-Undang
Dokumen diiktiraf di sisi undang-undang tanpa perlu cop manual di kaunter fizikal.
Bila Anda Memerlukan Dokumen CTC?
Pembukaan Akaun Bank Semasa
Semua bank komersial memerlukan dokumen terkini yang disahkan bagi pematuhan BNM.
Kemudahan Pinjaman & Pembiayaan
Institusi kewangan memerlukan dokumen CTC sebagai bukti status aktif perniagaan.
Tender & Perolehan Kerajaan
Syarat wajib permohonan tender e-Perolehan dan projek agensi kerajaan.
Lesen, Permit & Urusan Cukai LHDN
Diperlukan untuk lesen majlis perbandaran, permit eksport/import dan fail cukai.
